Sunday, March 27, 2011

Misi dan Visi KAPA

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

Objektif KAPA

untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.

Fungsi KAPA

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.

Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

Motto dan Nilai Teras KAPA

MOTTO
SENTIASA SIAP SEDIA

NILAI TERAS
::Cekap dan Tepat
:: Berdisiplin dan Bertanggungjawab
:: Kerja Berpasukan
:: Berkhidmat Dengan Ikhlas

Slogan KAPA

  • dari rakyat untuk rakyat
  • 991 khidmat kami untuk anda
  • kami sentiasa siap sedia
  • kami adalah kawan untuk semua

Logo KAPA




konsep reka bentuk
gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa dan tempatan

segitiga sama jingga, corak warna dan lambang malaysia
-lambang warna dan keselamatan
-waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan
-negara yang dipertahankan

sentiasa siap sedia sekeliling segitiga
moto angkatan pertahanan awam yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

bunga padi hijau muda
kesuburan & kemakmuran negara yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh sebagaimana ikatan bunga padi yang kemas

skrol pertahanan awam malaysia
berwarna oren yang mengandungi perkataan Pertahanan Awam Malaysia melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi JPA3 mendukung wawasan yang diharapkan.

*logo ini digunakan sebagai 'crest' pada pakaian seragam, kenderaan, perjabat, tempat latihan dan sebagainya.

Lagu KAPA




SENTIASA SIAP SEDIA

marilah kita semua
berganding bahu menggembleng tenaga
berbakti dalam pertahanan awam
untuk bangsa kita

padukan jiwa dan raga
sedia berkorban apa saja
memberi dengan ikhlas khidmat mulia
negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah
kami sungguh bangga menjadi warga setia
penuh hasrat dan tekad bersama
sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

kita sentiasa bersedia
menjunjung wawasan semua
ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya